Pages

Tuesday, July 20, 2010

HARI INI DUA TAHUN DAHULU



AL-HAKIM DR.GEORGE HABASH




MAIN KAN LAGU ITU SEKALI LAGI

Dia dilahirkan pada tahun 1927 di-Al-Lid Palestine.
Pelajar bijak akhirnya mendapat tempat untuk belajar
menjadi tabib di American University of Beirut – di Fakulti Perubatan.

Pulang bercuti pada tahun 1948 – dia melihat sendiri serangan pengganas Zionist
terhadap kotanya. Dia melihat sendiri warga kota berduyun-duyun
dihalau keluar dari rumah dan kampong dan dusun mereka dirampas

Dia melihat kakaknya mati terbunuh. Lalu di kebumikan dalam perkarangan rumah
kerana pengganas Zionis melarang warga Palestine keluar rumah.

Lalu keluarga mereka di halau keluar meninggalkan Al-Lid.
Lalu dia melihat ribuan orang pelarian meninggalkan Palestin
termasuk diri dan keluarganya sendiri.

Di Beirut dia mendapat kelas pertama dari Fakulti Perubatan. Maka
dia dikenali sebagai Al-Hakim.

Dia mendirikan klinik di wilayah miskin untuk membantu sesiapa yang
memerlukan perubatan. Dia menolak untuk jadi kaya raya dan bersenang
lenang walhal peluang ini terbuka luas.

Pada tahun 1967 Al-Hakim muncul bersama PFLP

Al-Hakim adalah Arab tulen.
Al-Hakim adalah rakyat Palestine yang tidak tunduk.
Al-Hakim tidak pernah meminta- minta dari para raja dan sheikh
Al-Hakim tidak pernah duduk semeja untuk berunding
Al-Hakim tidak pernah mengariskan agama
Al-Hakim tidak pernah menjadi chuvinis

Al-Hakim tidak membelot menjualkan seinci tanah Palestine
Al- Hakim tidak ke Camp David
Al-Hakim tidak ke Oslo

Al-Hakim tidak ada istana
Al-Hakim tidak memiliki harta kekayaan

Lalu dunia memanggil Al-Hakim George Habash
Lalu dunia mengenali perjuangan international Palestine

Al-Hakim adalah internationalis
Al-Hakim adalah warga dunia

Salut untuk anak muda yang berani
Salut untuk warga dunia

Mainkan sekali lagi Internationale
Dendangkan suara rakyat tertindas

Lalu Al-Hakim wafat dua tahun dahulu

Salut untuk PFLP
Salut untuk Al-Hakim

No comments:

Post a Comment