Pages

Monday, August 9, 2010

Jenayah Rogol dan Penyelesaiannya.

1. Jenayah rogol , rogol dan bunuh serta rogol kanak - kanak mutaakhir ini semakin meningkat dan membimbangkan . Rakyat khasnya para wanita dan kanak - kanak kini tidak selamat menjalani kehidupan seharian . Bila - bila masa maruah dan nyawa mereka akan diragut kejam oleh penjenayah yang bebas bermaharajalela .

2. Faktor pendorong kepada berlakunya jenayah seksual ini terlalu banyak dan tidak ada gunanya kita saling salah menyalahkan antara satu sama lain bahkan semua pihak mestilah mengambil tanggungjawab untuk mendepani musibah atau malapetaka yang menimpa negara ini.

3. Cuma saya sangat terkilan dengan sikap sebahagian dari kalangan masyarakat kita termasuk cerdik pandai dan pihak berkuasa seperti mahu memejamkan mata terhadap syariat Islam tatkala membincangkan jalan penyelesaian terhadap isu ini .

4. Saya lihat semua orang setuju penjenayah dihukum seberat - beratnya , semua orang setuju supaya jenayah ini dibendung segera dan semua orang setuju bahawa mangsa mesti dibela sewajarnya , tetapi malang 1001 kali malang , hampir tiada yang melihat bahawa penyelesaiannya ada pada Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt .

5. Semua jenayah yang semakin meningkat indeksnya adalah berlaku dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berpaksikan kepada peraturan dan undang - undang ciptaan manusia sejak sekian lama. Ternyata sistem yang ada sekarang biarpun seberat mana hukuman itu dijatuhkan gagal membendung penularan jenayah kejam ini . [ Hukuman mati mandatori keatas pengedar dadah sebagai contoh , bukan sahaja tidak mampu membendung pengedar dadah malah empayarnya semakin berkembang dan dadah semakin mudah untuk diperolehi .]

6. Kenapa tidak memberi peluang kepada Islam ? Islam sebagai agama dan cara hidup yang diwahyukan oleh Allah swt kepada nabi Muhammad saw adalah agama dan syariat yang pernah membuktikan keupayaannya membendung maksiat dan mungkar dalam sejarah pemerintahan dan pentadbirannya .

7. Islam mempunyai pakej lengkap untuk menyelesaikan isu jenayah kejam yang melanda negara hari ini . Bermula dari pendidikan , pencegahan , kawalan dan hukuman serta pembelaan dan pendakwaan. Apa yang perlu sekarang ialah negara mesti memberi peluang kepada Islam untuk membuktikan keupayaan dan keberkesanan perlaksanaannya .

8. Hukuman berkesan tidak hanya dilihat kepada beratnya hukuman tersebut kerana hukuman berat hanya mampu menyakitkan tubuh dan mendera fizikal , sedang apa yang penting dalam usaha membendung jenayah ialah keinsafan , penyesalan dan kesedaran agar jenayah itu tidak berulang dan berkembang . Bertolak dari sini lah Islam menawarkan pakej lengkap dan berkesan [ merangkumi fizikal , mental dan spiritual ] untuk tujuan membendung dan menghapuskan jenayah .

9. Justeru itu , sewaktu membincangkan penyelesaian terhadap isu seperti ini , janganlah ianya dibuat dengan mengambil pandangan atau interview orang ramai secara rambang lantaran isu ini mestilah melibatkan kajian dan penelitian orang - orang yang berilmu . Para alim ulama' yang berkaliber mestilah dilibatkan secara serius dan aktif untuk mengkaji dan menggubal peraturan berasaskan syara' .

10. Janganlah prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Mengapa perlu terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda barat . Kenapa masih mahu bertahan setelah lebih 50 tahun menyaksikan kegagalan undang - undang ciptaan manusia membendung jenayah ini ? Sementara undang - undang Islam kaya dengan hikmah [ kebijaksanaan ] dan apa yang lebih penting ialah rahmat [ kasih sayang ] dan berkat [ kebaikan yang melimpah ruah ] . Keadilan Islam adil untuk semua dan ia menyinari semua . [ termasuk pesalah , mangsa , keluarga , masyarakat dan negara ].

Friday, July 30, 2010

PENDAKWA LIWAT SEORANG MINAH DILDO




FARAH AZLINA ABDUL LATIF PENGGUNA DILDO TEGAR





TIMBALAN PEDAKWA RAYA WANITA KES LIWAT ANWAR DI GUGURKAN SERTA MERTA
– berita hairan

Timbalan Pendakwa raya, Farah Azlina Abdul Latif yang terbabit dalam kes liwat Anwar Ibrahim, digugurkan dari pasukan pendakwaan kes itu berkuatkuasa serta merta.

Peguam Negara, Abdul Gani Patail ketika mengumumkannya berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak persepsi negatif masyarakat terhadap pihak pendakwaan.

Dalam laporan sebuah laman web semalam, Peguam Anwar, Sankara Nair mendesak Peguam Negara, memberikan maklum balasnya berhubung dakwaan Raja Petra Kamaruddin iaitu salah seorang timbalan pendakwa raya wanita dikaitkan dengan saksi utama kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

KAH KAH KAH

woit… DARI KES LIWAT SUDAH JADI KES ZINA…. kah kah kah..

woit… MANA JAIS…. kah kah kah..

kah kah kah…. MANA JAWI…. kah kah kah..

kah kah kah…. MANA HARUS SANI…. kah kah kah..

woit… MANA MUFTI …. kah kah kah..

kah kah kah… MANA PEJUANG ISLAM ZUL NORDIN… kah kah kah…

woit... APA JADI DENGAN 40 ORANG PENYAMUN... kah kah kah..

kah kah kah…KENAPA TAK SIASAT FITNAH….kah kah kah..

kah kah kah…. INI FITNAH ZINA DARI RAJA PETRA… kah kah kah…

nota:
dulu azizan kena tangkap kes khalwat
ini sai fool kes zina
nampaknya pelakon drama sodo mee ini tak dapat
kawal kepala atas dan kepala bawah kah kah kah


nota:
pereksa jubur saifool
ada dna tak
mana tahu cik farah pakai dildo kah kah kah..

nota:
nak tahu apa dildo
sila tanya lebai google kah kah kah

TAK ABIS ABIS LAGI - RANCANGAN DITERUSKAN !




BAS SEDANG BERATUR UNTUK BERJUMPA NIK AZIZ




PENYATUAN MELAYU : NGO DIGESA HANTAR 50 BAS RAYU NIZ AZIZ - minsider

Sebuah pertubuhan bukan kerajan (NGO) mengadakan forum penyatuan Melayu malam tadi dengan salah seorang panel penceramah meminta agar rombongan rakyat biasa dihantar merayu Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima idea kerjasama perpaduan orang Melayu Islam.

“Saya mencadangkan pelan tindakan rakyat, usaha membabitkan rakyat jelata dengan menghantar 50 buah bas ke Pulau Melaka, bertemu dengan Nik Aziz, bertemu dengan beliau di masjid, merayu kepada beliau supaya terima idea kerjasama penyatuan orang Melayu,” kata blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.

Menurut Syed Azidi, pelan tindakan itu hanya melibatkan pembabitan rakyat biasa atas alasan rakyat jelata sahaja yang boleh menggerakkan usaha sedemikan.

“Rakyat tidak boleh lagi mengharapkan ahli-ahli politik akan membawa perubahan dalam soal ini, sebaliknya rakyat perlu membawa perubahan dengan menentukan masa depan mereka (ahli-ahli politik),” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan dengan tepat bila rombongan itu, dijangka membabitkan kira-kira 2,000 orang, akan dihantar ke Kelantan.


KAH KAH KAH

kah kah kah…. LIMA PULUH BUAH BAS?…. kah kah kah..

kah kah kah…. DARI SYARIKAT NAZRI ATAU DARI SYARIKAT SCOMI?... kah kah kah…

kah kah kah... ATAU DARI SYARIKAT VINCEN TAN?... kah kah kah

kah kah kah…. APA LIMA PULUH BAS NI NAK CAKAP DENGAN NIK AZI?…kah kah kah..

nota:
betul atau tidak?

rancangan akan diteruskan sehingga pas pecah
pas mesti di umpil dari pakatan rakyat
sekurang kurang nya sebahagian dari
pas mesti meninggalkan pakatan rakyat

nota:
siang malam malaon ini berdoa dan berharap
agar nik aziz tak ada lagi
siang malam penyokong kj berdoa dan berharap
agar madey tak ada lagi
kah kah kah

PROGRAM BANGUN MELAWAN HARI INI DAN ESOK MALAM




LIMA PULUH TAHUN AKTA ZALIM - 50 TAHUN BANGUN MELAWAN



HAPUSKAN ISA



BERSAMA BANGUN MELAWAN




MALAM AHAD INI DI SELURUH NEGARA - 50 TAHUN ISA
jam 8.00 malam
malam ahad esok
diseluruh negara
akan ada vigil membakar lilin

sila datang beramai
bawa lilin dan pastikan
lilin tidak dapat ditiup angin

ANJURAN GMI dan SUARAM


KUALA LUMPUR : MBPJ Padang Timur (Opposite Amcorp Mall) Nalini: 019 3758912
PULAI PINANG: Speakers Square Jing Cheng: 012 7583779
PERAK: Dataran Bandaraya Ipoh Dr. Kumar: 019 5616807
KEDAH : Dataran Zero KM, Sungai Petani Simon Ooi : 012 4202264
KELANTAN: Taman Hijau, Jalan Sultanah Zainab - Zaidi: 0123840415
N.SEMBILAN: Dataran Seremban Veron: 016 6687900
SIBU: No. 25, Pusat Tanah Wang,Jalan Perdada, 96000 Sibu, George 0198873515
KUCHING : Lots 468-469, Bangunan Al Idrus Commercial Centre, Jalan Satok, 93400Kuching. See Chee How 019-8886509, Zulkifli 013-8958174

Wednesday, July 21, 2010

mari kita renung seketika kata orang menpejuangkan kemerdekaan tanah melayu dari jepun dan british...anak muda pikir dan renung kan...

soalan pertama di ajukan kepada samsiah fakeh tak menyesal ker?

shamsiah fakeh menganguk..dia kemudian bersuara lembut: tak menyesal..aku tidak pernah menyesal masuk hutan dan masuk komunis..aku tidak menyesal lawan british,...

soalan kedua apa padangan shamsiah fakeh terhadap perjuangan pkm?

bagi samsiah,zaman PKM telah berla
lu tetapi jasad dan semangat perjuangan menentang jepun dan bristish akan kekal selamanya.

renung anak muda begitu kukuh semangat perjuangan shamsiah fakeh!!!!!!!!


soalan ketiga bagaimana pula dakwaan bekas-bekas pemimpin PKM yang menperlekehkan dirinya sebagai pengencut,kekok mengunakan senjata api,sering sesat dan tidak popular di hutan.marahkah shmsiah fakeh???

tidak .dalam jawabpannya shamsiah mengangkui dia pernah berkali-kali sesat,paling lama lima hari lima malam...

setiap kali sesat aku mengalami kelaparan,kegelapan,kotor sakit dan keseorangan..aku seorang perepuan dan insan biasa.juga rasa tahu apa dia ketakutan dan kesukaran..walaupun pistol ada ditaganku tapi tidak ada sebutir peluru pun menbunuh angota tentera dan polis.sebaliknya akulah terkena hujanpeluru mereka..

padangan shamsiah fakeh, ramai bekas askar marah kepadanya.mereka masih mengangap komunis itu penganas !bunuh keluarganya..shamsiah menjawab orang bristishlah patut menbenci aku..begitu lama orang british nak tangkap aku tapi tak dapat.pada abad 21 nie kita patut mengenang kembali sejarah dengan hati terbuka,peperangan adalah pekara hidup mati,kita semua tak suka peperangan.kamu fikirla,kenapa penjajah sangup lepas tangan dan beredar pulang dari tanah ini!;..

shamsiah dengan tegas berkata memperjuangkan kemerdekaan negara adalah satu satunya perkara yang aku lakukan untuk bangsa dalam hidupku!,,


mengenai soalan kalau diberi pilihan berjuang dalam
umno dan mengapa memilih berjuang di dalam hutan,kemudian hidup miskin di cina.beliau menjawab tetap memilih menentang british secara terus terang,...

aku tak akan meminta british memberikan aku satu pangkat pun dalam kerajaan penjajah!kamu boleh pergi tanya british kenapa aku masuk hutan...



sambung next season....dengar jawabpan shamsiah lagi nanti...


Tuesday, July 20, 2010

HARI INI DUA TAHUN DAHULU



AL-HAKIM DR.GEORGE HABASH




MAIN KAN LAGU ITU SEKALI LAGI

Dia dilahirkan pada tahun 1927 di-Al-Lid Palestine.
Pelajar bijak akhirnya mendapat tempat untuk belajar
menjadi tabib di American University of Beirut – di Fakulti Perubatan.

Pulang bercuti pada tahun 1948 – dia melihat sendiri serangan pengganas Zionist
terhadap kotanya. Dia melihat sendiri warga kota berduyun-duyun
dihalau keluar dari rumah dan kampong dan dusun mereka dirampas

Dia melihat kakaknya mati terbunuh. Lalu di kebumikan dalam perkarangan rumah
kerana pengganas Zionis melarang warga Palestine keluar rumah.

Lalu keluarga mereka di halau keluar meninggalkan Al-Lid.
Lalu dia melihat ribuan orang pelarian meninggalkan Palestin
termasuk diri dan keluarganya sendiri.

Di Beirut dia mendapat kelas pertama dari Fakulti Perubatan. Maka
dia dikenali sebagai Al-Hakim.

Dia mendirikan klinik di wilayah miskin untuk membantu sesiapa yang
memerlukan perubatan. Dia menolak untuk jadi kaya raya dan bersenang
lenang walhal peluang ini terbuka luas.

Pada tahun 1967 Al-Hakim muncul bersama PFLP

Al-Hakim adalah Arab tulen.
Al-Hakim adalah rakyat Palestine yang tidak tunduk.
Al-Hakim tidak pernah meminta- minta dari para raja dan sheikh
Al-Hakim tidak pernah duduk semeja untuk berunding
Al-Hakim tidak pernah mengariskan agama
Al-Hakim tidak pernah menjadi chuvinis

Al-Hakim tidak membelot menjualkan seinci tanah Palestine
Al- Hakim tidak ke Camp David
Al-Hakim tidak ke Oslo

Al-Hakim tidak ada istana
Al-Hakim tidak memiliki harta kekayaan

Lalu dunia memanggil Al-Hakim George Habash
Lalu dunia mengenali perjuangan international Palestine

Al-Hakim adalah internationalis
Al-Hakim adalah warga dunia

Salut untuk anak muda yang berani
Salut untuk warga dunia

Mainkan sekali lagi Internationale
Dendangkan suara rakyat tertindas

Lalu Al-Hakim wafat dua tahun dahulu

Salut untuk PFLP
Salut untuk Al-Hakim

SELAMAT JALAN JD SALINGER – 1919- 2010



ADIOS MON AMI




NAK LARI KEMANA KAU HOLDEN ?



APA KHABAR HOLDEN CAUFIELD- SUDAH 59 TAHUN MASIH COOL

Penulis Catcher in the Rye meninggal dunia kelmarin.
Buku ini adalah sebuah buku paling cool dalam dunia ini.
Buku wajib untuk semua yang melintasi dunia ini.
Jika belum membacanya dapatkan petang ini.

Catcher in the Rye terbit pada tahun 1951.
Buku ini terus mempengaruhi generasi demi generasi.

Sesiapa yang mengakui dirinya cool akan jadi poyo jika
tidak membaca buku ini.

Jika ada segerawan yang mengakui dirinya segerawan tetapi
tidak membaca buku ini maka ini adalah segerawan kong kang.

JD Selinger – menghilangkan diri. Dalam hidupnya dia menjadi mitos.
Tidak pernah dilihat satelah bukunya terbit. Dia risau dengan kejayaan
bukunya. Dia jadi rimas dengan para peminat. Lalu hilang tidak ditemui.
Kemudian menulis dua lagi buku : Nine Stories dan Franny and Zooey.
Ini juga membawa kejayaan. Lagi tebal tempat JD menghilangkan diri.

Holden Caulfield watak anti-hero – watak cool dalam Catcher – mempengaruhi
sesiapa sahaja yang memiliki hormat diri.

Kita semua adalah Holden Caulfeild dalam diri kita – hanya kita tidak
menyedari.

NOTA:
besar kemungkinan sesudah ini akan muncul
kerja kerja baru jd yang tidak mahu diterbitkan
ketika dia masih hidup.

dunia sedang mnenunggu macam minah cun baru kahwin
menunggu balak pulang dari laut kah kah kah

nota:
JD Salinger bukan ahli Gapena atau Pena.
JD Salinger bukan ketua cawangan.
JD Salinger bukan cari glamour
JD Salinger bukan menulis untuk pertandingan nilai-nilai murni
JD Salinger tidak masuk apa-apa persatuan penulis untuk dapat projek
JD Salinger tidak ada gelaran datuk

JD Salinger menulis kerana dia pemulis.

GUNA PERKATAAN ORANG TAK FAHAM




NATANG GAPO MAKRO NI?





TAK MUNASABAH KERAJAAN BELANJA RM 1 BILION SETAHUN BERI SUBSIDI GULA
– berita hairan

Adalah tidak munasabah bagi kerajaan berbelanja RM1 bilion setahun bagi memberi subsidi kepada satu barangan yang memberi kesan tidak baik kepada kesihatan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed hari ini.

"Kita harus lihat secara makro di mana antara lain kenaikan harga guladapat mengekang ketirisan barangan kawalan itu ke negara jiran," katanya.

Harga gula diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram, diikuti minyak petrol
RON 95 dan diesel masing-masing dikurangkan sebanyak 5.0 sen seliter, serta gas
petroleum cecair (LPG) dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram.

KAH KAH KAH…

woit… MUNASABAH KE MUNA SERAWAK…. kah kah kah…

woit… BUKAN SELARAS…. SELARAS KEPALA BANA APA…. kah kah kah..

woit… HARGA BARANG NAIK.. ORANG RAMAI BUKAN BODOH MACAM TELOO… kah ah kah..

woit… NATANG BEWOK GAPO MAKRO MAKRI INI?.... kah kah kah..

woit… MAK CIK FELDA TAK FAHAM MAKRO MAKRI… kah kah kah…

woot… INI SEMUA PROJEK…NAK MENIPU ORANG KAMPONG... kah kah kah...

kah kah kah... GUNA SELARAS... GUNA MAKRO... kah kah kah

MACAM MACAM DI BUAT UNTUK TIPU MELAYU




BERSATULAH UNTUK JADI ULAT TAIK GEROMBOLAN





PAS DAN UMNO PERLU BERTEMU BINCANGKAN SOAL PEEPADUAN
- melayau

Pas dan UMNO perlu berjumpa dan duduk bersama bagi membincangkan hal perpaduan umat Islam, kata Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, ini amat perlu kerana Islam sendiri sememangnya menuntut supaya umatnya bersatu padu dan bekerjasama.

"Kita nak cakap soal perpaduan ummah, perpaduan umat Islam dan saya rasa ajaran Islam sendiri amat menuntut kepada kesepaduan umat... saya nak ajak mari kita duduk bersama.

KAH KAH KAH…

woit…BETUL KE ISLAM TUNTUT UMATNYA BERSATU ?.... kah kah kah..

kah kah kah… RAJIN MALOAN INI BACA KITAB…. kah kah kah…

kah kah kah… NAPA TAK JUMPA SURAH TENTANG JANGAN BUAT JAHAT…. kah kah kah…

kah kah kah… TENTANG JANGAN JADI ZALIM…. kah kah kah..

kah kah kah… JANGAN REMBAT HARTA ANAK YATIM…. kah kah kah…

kah kah kah… JANGAN MAKAN RIBA… kah kah kah…

woit… TAK JUMPA JANGAN ROGOL.... GADIS PENAN?....… kah kah kah..

woit…JANGAN SOAL SIASAT SAMPAI MATI ?.... kah kah kah…

nota:
kalau nak selamatkan nyawa mereka
ada saje ayat yang mereka jumpa
kalau kena kejar harimau
sempat jumpa ayat tak ? kah kah kah

MARI KETAWA DI PAGI BUTA





KEMPEN KERAJAAN : RAKYAT WAJIB IKUT CAKAP KERAJAAN




nota:
kalau makan angin
jamin tak sembab macam malikul kah kah kah

Monday, July 19, 2010

SATU LAGI PROJEK MEMBODOHKAN MELAYU



WAJAH DUA PEMIMPIN MELAYU PULAU PINANG DAN SEORANG CHINA





PEJUANG MELAYU ANAK TOK AJI



ANAK LEBAI PEJUANG MELAYU


CHINA MAKAN BABI


ORANG MELAYU PERLU LEBIH LANTANG SUARAKAN HAK – ZAINUR - melayau

Orang Melayu perlu lantang menyuarakan hak istimewa mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan kerana pelbagai usaha sedang dilakukan untuk menghilangkan hak tersebut.

Zainur Zakaria berkata, oleh itu orang Melayu harus bertindak segera bagi mengelakkan wujud ruang yang lebih luas kepada kaum lain untuk mempertikaikan perkara tersebut.

''Saya khuatir 50 tahun akan datang, kalau kita diperintah oleh kaum bukan Melayu, segala hak yang kita ada sekarang akan hilang.

Contohnya sudah nampak di Pulau Pinang sekarang yang diperintah oleh kaum bukan Melayu," katanya.

KAH KAH KAH…

woit….BANGANG BETUL MALAOAN INI…. kah kah kah..

woit…. MINTA HARGA GULA MURAH ITU…. MENYUARAKAN HAK LAAA…. kah kah kah..

woit… TUNTUT GERAN TANAH FELDA ITU…. MENUNTUT HAK LAAA…. kah kah kah..

woit... MINTA TANAH NAK BUAT LADANG ITU... MENUNTUT HAK LAA...kah kah kah..

woit… TUNTUT HOSPITAL PERCUMA ITU…. MENUNTUT HAK LAAAA…. kah kah kah…

woit….. MELAWAN RASUAH ITU…. MENUNTUT HAK LAAA… kah kah kah..

kah kah kah…. PULAU PINANG DI PERENTAH OLEH CHINA?..... kah kah kah..

woit… KEPALA BANA PUNYA BUTA…. BANGANG PUNYA LOYAR BURUK…. kah kah ka..

woit… KETUA MENTERI LEPAS MERDEKA… LIM CHONG EU ITU MELAYU KE….. kah kah kah..

woit…. KOH TSU KOON INI ….. ANAK HAJI LEBAI MANA?.... kah kah kah..

woit… KOH TSU KOON INI BILA PULAK JADI MELAYU….. kah kah kah

woit…. KALAU BODOH JANGAN BERI TAHU ORANG RAMAI…. MALU KAUM KELURAGA…kah kah kah

woit... SEMUA NAK MEMBODOHKAN MELAYU... kah kah kah

MALAM RABU INI DI DEWAN PERHIMPUNAN CHINA




KE JALAN RAYA SEKALI LAGI



PROTES NAIK HARGA DI LANCAR 28 JULAI - mikini

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) akan melancar kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) pada 28 Julai ini.

Pelancaran bantahan tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur.

Penyelaras PROTES, Dr Hatta Ramli berkata dalam mesyuarat hari ini, pihaknya turut membincangkan untuk mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan itu.

Bagaimanapun, kata beliau, tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat yang diadakan pada hari pelancaran kempen tersebut.

nota:
semua di jemput hadir
sila masukkan dalam jadual
jangan lupa malam rabu ini
kita sama sama tibai dan hina gerombolan
bagi isteri rosmah susah hati kah kah kah

JANGAN TANYA SATU SOALAN




PROPAGANDA UNTUK MENGOLAH PERSETUJUAN




REALPOLITIK DI KEMAS KINI

Ada tiga pekara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib Rosmah. Tiga pekara ini wajib dilakukan untuk menyelamat harta kekayaan dan kuasa mereka dari di rampas kembali oleh kuasa orang ramai.

Tiga pekara ini bukan terlalu susah untuk difikirkan. Malah ianya tidak memerlukan batuan penasehat zionis APCO untuk memunculkan perancangan. Kita sendiri boleh memikirkan tiga pekara ini tanpa memerlukan ijazah PPE dari Oxford. Tahap jaguh kampong dan gedebe politik seperti Ibrahim Ali pun sedar hal ini.

Tiga pekara ini ialah :

1 - Anwar Ibrahim mesti di ketepikan
2 - Parti Pas wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat
3 - Propaganda untuk menghuru harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan

Ketiga-tiga pekara ini wajib berjalan sarentak. Untuk kerajaan Najib Rosmah tiga pekara ini lebih penting dari dasar ekonomi baru atau model ekonomi baru. Lebih penting dari dasar luar negara. Lebih penting dari Rancangan Malaysia ke 10. Kerana rancangan ini bagitu penting sekali maka kerajaan Najib Rosmah akan menjanjikan apa saja untuk memastikan tiga pekara ini dapat direalisasikan.

Kerajaan Najib Rosmah tahu, sedar dan merasakan bahawa susuk Anwar Ibrahim memainkan peranan yang amat penting dalam ikatan setiakawan Pakatan Rakyat. Dengan adanya susuk Anwar maka Pakatan Rakyat dapat berdiri teguh. Mengikut pandangan Najib Rosmah jika Anwar ‘diketepikan’ maka Pakatan rakyat akan londeh terbarai. Sama ada ini hakikat atau sebaliknya bukan penting. Yang penting inilah persepsi politik mereka. Politik bukan kebenaran – politik ialah persepsi.

Apa yang kita lihat hari ini - apa yang sedang berlaku di lanskap politik negara ialah gerak kerja jentera dan aparacik politik Najib Rosmah sedang menjalankan tugas untuk meminggirkan Anwar.

Dalam strateji politik langkah pertama sebelum musuh diserang ialah melahirkan satu imej buruk musuh. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Ketika perang dunia kedua dahulu, tentera Jepun digambarkan bermata sepet , bergigi jongang membawa pedang samurai. Sesudah perang tamat Jepun dilihat sebagai kawan dan rakan berniaga yang baik. Memunculkan imej hodoh ini amat penting. Jika imej telah buruk maka apa sahaja yang diperkatakan terhadap Anwar akan di yakini umum.

Langkah pertama ialah mengkaitkan Anwar dengan lubang berak Saiful. Ini juga bukanlah satu langkah yang bijak bergeliga. Menggunakan lubang berak Saiful telah di tujah dan diteroka lebih awal lagi oleh Mahathir Muhamad pada tahun 1998 dahulu melalui lubang berak Azizan.

Apabila Saiful diberitakan tidak terberak selama dua hari kerana menyimpam bahan bukti didalam juburnya maka tahap jenaka dan genre lawak Melayu telah melonjak tinggi. Rating Lebai Malang dan Pak Pandir berkemungkinan jatuh. Apek Ganja telah menjadi lawak basi. Lubang Saiful naik ke mercu kegemilangan.

Seluruh Malaysia telah senyum puas. Kemudian dengan tetiba warga se Tanah Melayu menjadi hairan dan tertanya-tanya siapakah agaknya yang menuliskan kata bual yang bagitu bodoh untuk si Saiful ini.

Seperti kes lubang berak Azizan , kes lubang Saiful ini juga telah tergelincir. Kelihatan propaganda berbentuk ini telah menjelak dan menjelikkan orang ramai. Ini mula disedari oleh Najib Rosmah. Propaganda lubang berak Saiful yang dirancang untuk memburukan Anwar telah menjadi lawak bodoh dan sedang melawan tuan.

Dengan cepat para aparacik dan jentera Najib Rosmah bergerak. Kali ini wajib dimunculkan satu lagi strateji baru – ajen asing.

Harus di sedari bahawa surah – ajen asing – ini juga telah mula muncul pada tahun 1998 dahulu. Ketika itu duta Amerika ke Malaysia ialah John R Malot. Dalam kes pertama tahun 1998 dahulu memang telah disebarkan surah bahawa Anwar Ibrahim ini adalah ajen CIA. Apabila berita ini tersebar kerajaan Amerika telah mengambil langkah yang tepat.

Menurut Pak Duta John R Malot – kerajaan Malaysia telah diberi amaran bahawa : sila jangan campur adukkan kerajaan Amerika dengan krisis dalaman politik Malaysia. Bila amaran ini sampai maka surah Anwar ajen Amerika pun mati tak berasap.

Pasti pekara yang sama juga telah terjadi sekali lagi kerana dengan tetiba sahaja media gerombolan hari ini tidak lagi melaung-laungkan surah ajen asing ini. Pentabiran di Rumah Puteh melihat apa yang berlaku sekarang ini sebagai krisis dalaman – tidak ada sangkut paut dengan jabatan risikan mereka. Justeru apabila dikaitkan Anwar dengan CIA maka pasti pentabiran Obama ini , seperti tahun 1998 dahulu telah mengambil pendirian yang sama.

Langkah kedua yang sedang di jalankan oleh aparacik dan jentera Najib Rosmah ialah memastikan parti Pas akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adaklah langkah yang amat stratejik dan penting. Kerajaan Najib Rosmah membaca jika Pas dapat dipisahkan dari Pakatan maka dengan segera Pakatan rakyat akan luntur dan pecah.

Kita harus menyedari bahawa walau pun Pas mengakui parti Islam – ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengakui bermacam macam. Dalam politik yang di rebutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Kuasa diperlukan untuk memastikan lubuk kekayaan dimiliki. Apabila lubuk kekayaan telah dimiliki maka disinilah akan diuji sama ada parti itu bermazhab Sosialis atau Kapitalis.

Dalam dunia hanya ada dua sistem ekonomi – kapitalis atau sosialis. Dua sistem ini adalah sistem induk. Selainnya – yang mengakui sistem ini dan sistem itu - hanya pecah-pecahan dari dua sistem ekonomi ini. Seperti kueh bahulu – asasnya adalah tepung, gula dan telor. Warna, corak, reka bentuk hanya tokok tambah untuk mengolah keinginan orang ramai.

Dalam sistem ekonomi kapitalis ini ada pemimpin Pas yang akan , yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya kes cerai berai bekas Adun Pas dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu – ketika bergomol mesra - bahawa sang suami ketika berkuasa dahulu pasti ada tanah disana dan tanah disini - ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.

United Malays National Organisation sedar hal ini. Pas bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. Pas seperti PKR dan DAP hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisma dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisma. Ini hakikat. Ini realpolitik.

United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.

Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.

United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpelung menobatkan dirinya dan mengumpul harta.

Waspada ! Percubaan dan langkah-langkah yang diambil oleh Najib Rosmah untuk berunding dengan Pas ini tidak ada sangkut paut dengan Najib sebagai anak Razak. Kerana Razak dahulu berunding dengan Pas maka Najib sang anak juga akan berunding dengan Pas. Ini bukan bacaan politik. Ini sembang di warong Mek Jah. Dalam realpolitik yang hakiki ialah kuasa.

Keinginan berunding dengan Pas ini adalah perhitungan realpolitik. Ini kerana sesudah pilihanraya yang lalu United Malays National Organisation telah dilihat sedang menuju ke hari hari akhir. Justeru untuk menyelamatkan harta kekayaan - perpaduan Pakatan rakyat yang kompak wajib di lemahkan. Kota yang kukuh wajib di bocorkan. Setiakawan Pakatan Rakyat yang mekar wajib dikacau bilaukan. Pas wajib dipisahkan dari Pakatan. Kalau tidak semua – sebahagian. Ini perhitungan politik untuk menyelamatkan harta dan kuasa.

Lalu kita smapai ke strateji ke ketiga : mengharu birukan kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Kelantan tidak perlu diganggu gugat kerana slogan – ‘kita semua Melayu dan kita semua Islam.’ Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang boleh digugat tetapi ‘slow sikit’ kerana Dap ini lebih senang dikawal kerana Kecinaan mereka. Ahli gerombolan yang meninggalkan parti tidak mungkin akan menjadi ahli Dap. Malah Dap ini juga boleh dibawa berunding jika hari baik dan bulan baik – jika masa dan ketikanya telah ranum.

Justeru musuh utama ialah Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Lalu semua akan dilakukan untuk menggangu gugat kerajaan Pakatan di Selangor. Lembu, kambing, pasir, tayar kereta, surau , masjid, kuil , sekolah, kasut, punggung, jubur – malah apa sahaja yang bersangkutan dengan kerjaaan Selangor akan digunakan untuk menunjukkan kepada warga Selangor bahawa kerajaan Pakatan ini tidak perlu disokong.

Aparacik dan jentera kerajaan federal sedang digunakan oleh Najib Rosmah untuk melemahkan kerajaan Selangor. Kes demi kes telah dibuka oleh SPRM terhadap pimpinan kerajaan Selangor. Semua dilakukan untuk menekan agar ada Adun PKR yang akan berpaling tadah.

Media gerombolan telah digunakan hingga ke tahap maksimum untuk mengolah persetujuan orang ramai. Seluruh Malaysia cuba diberi tahu bahawa krisis yang amat besar sedang melanda kepimpinan kerjaan Selangor. Kerajaan Selangor ini akan runtuh bila-bila masa sahaja dan Khir Toyo boleh kembali berpesta ke Disneyland tanpa soal jawab.

Dimana akhirnya semua ini ? Dalam merancang realpolitik Anwar Ibrahim pasti akan diketepikan. Ini stratiji utama. Susuk ini tidak akan diberi peluang untuk bebas bergerak. Jika diikutkan hati nafsu Najib Rosmah susuk Anwar ini akan diketepikan sebelum piliharaya Serawak. Tetapi bagaimana nanti reaksi kawan-kawan Yahudi Anwar yang selalu diperkatakan itu? Dan bagaimana pula agen-agen CIA yang lain? – apakah mereka juga akan datang untuk membantu Anwar? Kini seperti lubang berak Saiful – senjata dan propaganda akan memakan tuanya.

Dalam realpolitik ada yang lebih real. Yang lebih real ialah kuasa rakyat. Kerajaan Selangor mungkin goyang tetapi tidak akan runtuh kerana akarnya semakin kukuh. Kuasa rakyat ini jugalah yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada Anwar Ibrahim.

Justeru United Malays National Organisation hanya ada satu pilihan : mengajak Pas datang berunding. Najib dalam keadaan ini akan menjanjikan apa sahaja. Kalau Pas meminta Najib melempang Muhyiddin – pasti Munyiddin akan kena satu pelempang. Kalau Pas meminta Najib menampar Khairy Jamaluddin – pasti Khairy akan di tampar. Seperti Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang , Najib akan melakukan apa sahaja keculi Pas tidak akan dibenarkan bertanya berapa orang sebenarnya anak Rosmah Mansor. (TT)

Sunday, July 18, 2010

Monolog Bernilai 5 Sen...

Malam tadi...
Assalamu'alaikum...

Ahhh! 5 sen jer. Takkan itu pun nak riuh!!!

Pasir yang diorang curi kat Selangor tu lagi banyak.

Entah berapa juta diorang dah ambik...

nak bising-bising pasal minyak naik 5 sen?

Bersyukurlahhh...

kat Singapore, Hong Kong, Taiwan, Thailand petrol lagi mahal ooo...

Korang ingat sesaje kerajaan membazir duit yang kita bayar tuh?

cuba tengok keliling korang,

Jalanraya, highway, sekolah, hospital, lapangan terbang

korang tau tak, Jambatan Pulau Pinang tu yang terpanjang kat Asia...

KLCC tu...menara berkembar tertinggi di dunia!!!

kat Bangladesh, Zimbabwe, Sudan ada tak benda-benda macam ni?

tak jumpa yobbb!!!

Tu pun korang nak bising-bising.

Berkorbanlah sikit, apa salahnya...

apa korang tak sayang kan negara ke?

Hahhh!!! Apa???

Tak patriotik langsung!!!

yob...

negara kita nak bankrap lagi 9 tahun yob,

inilah masanya nak tolong negara kita...

inilah masanya kita buktikan semangat patriotik kita...

bila lagi nak berkorban untuk negara?

jangan kata nak lawan Israel

berdemo depan US Embassy pun hang pa tak berani,

takkan petrol naik 5 sen hang pa nak riuh!!!

Sudah la yob

Cuba la fikir secara rasional...

guna la otak kepala lutut tu sikit

Hat mana-mana yang selalu membazir tu jimatkan la sikit

tak payah makan ikan kembong, ikan bilis pun ada...

kalu makan 2 kali sehari

Cuba tukar diet tu...

makan 2 hari sekali....

Ishhh, tak pernah aku dengar orang mati tak makan 2 hari sekali

Makan nasi, kandungan gulanya banyak,

elok sangat la kerajaan naikkan harga gula

apa orang kata...

kurangkan gula dalam minuman,

lebihkan gula dalam senyuman...gitu la lebih kurang.

Ehhh...ehhh! Dah terlambat nihhh!

Kul 12 nanti harga minyak naik 5 sen...

diorang dah beratur panjang kat stesyen minyak nih

nak isi minyak penuh-penuh

nanti boleh la tahan sampai tahun depan!!!

banyak safe tu yob...

Sehari 5 sen,

Kalu setahun dah berapa?

Ok jumpa lagi...

Assalamu'alaikum!!!!